M A S A L A H ;)



hye sahabat-sahabat sekalian. lama tak update blog ;) rasa rindu pulak nak post. hee.
actually tak update sebab tak tahu nak share pasal apa. tak idea. (konon) haha. tak payah percaya apa yang aku cakap :p

kay lah, tanpa membazir masa, tenaga, air liur, elektrik dan sebagai nya, harini aku nak kongsi sikit macam yang tertera kat post tittle tuuuuuuuu. M A S A L A H atau T E K A N A N..... siapa je takde masalah kan? semua orang ada masalah. orang gila/yang tak berapa waras pun ada masalah tau. 

orang yang tak berapa waras tu juga sebelumnya orang yang normal. disebabkan masalah yang dia tanggung, yang dia hadapi menyebabkan diri dia jadi macam tu. mungkin dia tak dapat nak tangani masalah dia. atau mungkin mental dia yang tak kuat. dan mungkin juga boleh terjadi sebab takde dorongaan dari orang sekeliling dia.

masalah, masalah, masalah..... setiap orang yang ada masalah mesti selalu mengeluh... mengeluh... dan terus mengeluh. kenapa kita perlu mengeluh? sedangkan kita boleh tangani masalah kita dengan peeeeeeeeelbagai cara, bukan? terlalu banyak cara yang drastik boleh kita buat.


remaja lelaki bila ada masalah lebih suka melarikan diri atau menghindarkan diri daripada memikirkan masalah yang dia tanggung.
remaja perempuan lebih suka berkongsi cerita & masalah mereka pada sahabat atau rakan yang dia percayai. lebih-lebih lagi dia suka bercerita pada sahabat baik dia

am I right? aku rasa betul fakta yang aku tulis tuu. sebab kebanyakan remaja lelaki lebih suka menyibukkan diri dorang atau istilah budak lelaki ni 'lebih baik aku membusykan diri aku, daripada aku tension-tension pikir benda bodoh ni'. yaaa, aku tahu bukan remaja lelaki je suka buat macam ni. aku pun kalau ada masalah atau rasa tertekan sikit, aku akan menyibukkan diri dengan macam-2 aktiviti (tapi aktiviti kat sekolah je...) hee

bukan apa, lagi aku pikir, lagi aku sakit. lagi aku sakit hati, lagi bertambah dendam yang membuak-buak & akhirnya akan menjadi titik hitam kat hati. eeeee, nanti hati busuk kot kalau hitam :p tapi jangan lah sampai abaikan terus masalah kita tu yeee. 

sekurangnya, kita cari lah masa & fikirkan cara yang terbaik tuk selesaikan masalah tu. atau mungkin kita boleh minta bantuan rakan, guru, guru kaunseling atau orang yang kita rasa layak untuk bagi pendapat ;)

tips;
- jangan panik
- kawal emosi
- jangan tergesa
- berfikir positif
- berfikir kreatif
- berkongsi cerita (dengan orang yang sudi mendengar & beri pendapat)
- dekat kan diri dengan Allah/Tuhan (paling penting)
- tidak berputus asa
there is some tips yang boleh aku share tuk kawan-2 blogger & kawan-2 aku yang lain. bagi kawan-2 aku yang beragama Islam. ingat! Allah is number ONE. apa-apa masalah dan sebagai nya, Allah paling penting. minta segalanya kat Dia. InsyaAllah, Dia dapat meringankan sedikit bebanan yang kita tanggung.

jangan pernah menganggap dugaan, cabaran & masalah yang menimpa diri kita ada lah satu bala. bukan! itu semua ujian daripadaNya. minta lah Dia meringankan bebanan yang kita tanggung. berdoa lah sahabatku :)
insyaAllah, segalanya menjadi mudah dengan satu kalimah

يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْث


so, ini jelah post aku kali ni. aku mohon maaf kalau ada tersalah fakta. tersalah kata, terbuat sahabat semua terasa hati dengan kata-kata aku. atau sebagainya. sesungguhnya yang buruk datang dari diri aku yang kerdil ni, dan yang baik datangnya dari Allah :) Assalamualaikum....






1 comment: