Sakit Tekak?


hye there? there and there? ponadeeee. haha, dah mula budak merepek muncul -,- hehe. harini nak share sikit petua nak hilang kan rasa sakit tekak. bila adik yaya cakap pasal sakit tekak, tetibe rasa nak share petua ni kan. insyaAllah sihat, dengan izin yang Maha Esa. setiap penyakit ada ubatnya kan, so ini lah salah satu petua dia ;)

petua ni selalu aku guna time sakit tekak. semua orang mesti pernah kan rasa sakit tekak, pedih je rasa tekak tu kan. rasa macam nak cabut tekak pun ada ;D rileex lah, biasalah tu bila cuaca tak menentu. kejap panas, kejap hujan. lepastu dengan sikap kita yang suka sangat telan benda-benda sejuk ni kan ;)

orang kata, kalau sakit tekak banyakkan minum air suam. haa, itu pun okay jugak. rasa lega je bila dah minum air suam. bukan macam aku, sakit tekak pun boleh bantai minum ais. 'ubat' lah katakan~ hehe. and petua aku ni daripada arwah nenek dulu ;)

kalau korang malas sangat nak pergi klinik, or korang ni jenis yang tak suka telan ubat yang 'sedap' tu, korang boleh guna petua ni.

petua dia, korang ambik kicap manis. kalau boleh, ambik KICAP PEKAT MANIS. contoh nya, kicap ABC. sebab kicap ABC ni rasa manis sikit berbanding kicap cap kipas dll tu. dah tu, korang perah limau nipis atau limau kasturi dalam kicap tu. kacau sampai sebati then telan lah.

tapi nak telan pun ada cara dan teknik dia tau :b ceeeh, macam nak memasak je~ :b hehe. cara dia, korang  minum guna sudu, then letak kicap + limau tu betul-2 kat tekak korang. tapi jangan lah korang jolok sudu tu kat tekak. kang tak pasal-pasal mati anak orang :b haha. 

habiskan kicap tu tau. insyaAllah kalau korang selalu buat, sembuh lah tekak tu. tapi kalau boleh, jangan lah bedal air sejuk/ais. kang makin teruk and sia-sia je kut. haha. lagi satu, petua orang tua-tua. kalau nak suara merdu macam Dato' Siti Nur Haliza, minum lah air asam jawa :b hehe. 

kalau asam jawa tu homemade lagi kaw! hehe. alaa, yang tu mesti korang selalu dengar kan ;D yang kicap ni tak tahu lah korang selalu dengar/baca kat mana-mana article kan ;) okay lah, itu je tuk harini ;) bye bye sayang sayang ku. selamat mencuba! Assalamualaikum :*

Apapun yang terjadi dimuka bumi ini, sentiasalah mengingatiNya

No comments:

Post a Comment